BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Muslimah

Assalamualaikum ,
Syukur masih diberi peluang bernafas di bumi ALLAH ini . Alhamdulillah :') Hari-hari yang aku lalui sekarang semakin tenang berbanding dulu . I always remind myself about this . Before you doing something or anything happen you must put ALLAH at the first then you will get a lot of advantages and peace of in this world and the akhirat(after life) . Aku sangat mencemburui mereka yang lebih dalam ilmu agamanya walaupon masih di usia yang sangat muda . Sedangkan aku masih lagi di awangan tergapai-gapai mencari keredaan Allah . Khilafku juga kerana terikut-ikut kawan . Aku tidaklah menuding jari pada mereka tetapi aku hanya manusia biasa yang lemah dengan godaan duniawi . But now alhamdulillah Allah gave me one more chance to return to the path .Berpakaian yang menjolok mata bukan sahaja buat kita rasa gelisah tapi juga mengumpul dosa . Nauzubillah . Bagi aku mereka yang berniqab sangat cantik berpakaian menutup aurat dengan sempurna malah lebih cantik dan sejuk mata memandang . Itulah kecantikan abadi dalam Islam . I hope one day I still have a chance to wear the niqab . Besar tanggungjawab orang yang berniqab ni . Dia bukan sahaja berniqab semata-mata tapi dia juga menutup pintu-pintu maksiat . In shaa Allah . Doakan yang baik-baik untuk saudara seagama kita ya  ;)


New chapter in my life :)

Assalamualaikum ,
Alhamdulillah syukur masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas pada saat dan ketika ini . Blog yang sudah lama usang kini kembali di'update'. Umpama bezanya Athirah yang dulu telah hilang dan muncul Athirah yang baru . Baru dengan perwatakan baru , personaliti baru dan In shaa ALLAH memperbaharui akhlak dan perbuatan yang diredai Allah S.W.T . Kalau dulu aku berpakaian seksi dan menjadi tatapan ramai tapi kini aku malu dengan perbuatan aku masa lalu . Aku harap aku tidak pernah kenal siapa aku pada masa lalu . Malu pada Allah dek kerana terlalu leka dengan duniawi . Malu dengan kekasih Allah juga kerana jarang sekali untuk berselawat kepadanya . Ya Allah sesungguhnya kau maha mengetahui apa yang telah terjadi . Ampunkan aku Ya Allah . Berikan aku petunjuk ke jalan yang benar . Aku inginkan syurgamu tapi aku tak layak . Untuk ke nerakamu tidak aku sanggup . Keredaanmu yang aku perlu untuk membolehkan aku jejakkan kaki ke syurgamu Ya Allah . Semoga kau mempermudahkan segalanya . Amin amin amin Ya Allah:'(