BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

New chapter in my life :)

Assalamualaikum ,
Alhamdulillah syukur masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas pada saat dan ketika ini . Blog yang sudah lama usang kini kembali di'update'. Umpama bezanya Athirah yang dulu telah hilang dan muncul Athirah yang baru . Baru dengan perwatakan baru , personaliti baru dan In shaa ALLAH memperbaharui akhlak dan perbuatan yang diredai Allah S.W.T . Kalau dulu aku berpakaian seksi dan menjadi tatapan ramai tapi kini aku malu dengan perbuatan aku masa lalu . Aku harap aku tidak pernah kenal siapa aku pada masa lalu . Malu pada Allah dek kerana terlalu leka dengan duniawi . Malu dengan kekasih Allah juga kerana jarang sekali untuk berselawat kepadanya . Ya Allah sesungguhnya kau maha mengetahui apa yang telah terjadi . Ampunkan aku Ya Allah . Berikan aku petunjuk ke jalan yang benar . Aku inginkan syurgamu tapi aku tak layak . Untuk ke nerakamu tidak aku sanggup . Keredaanmu yang aku perlu untuk membolehkan aku jejakkan kaki ke syurgamu Ya Allah . Semoga kau mempermudahkan segalanya . Amin amin amin Ya Allah:'(

0 comments: